15 Cara Menggalakkan kanak-kanak untuk makan


Ibu atau penjaga harus menyelia kanak-kanak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada kanak-kanak untuk makan. Di antaranya ialah:


  1. Duduk dengan kanak-kanak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa kanak-kanak menikmati hidangan.
  2. Berikan masa kepadak anak-kanak menikmati hidangan mereka, jangan terburu-buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.
  3. Beri pujian kepada kanak-kanak kerana makan dengan baik.
  4. Berikan kanak-kanak makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.
  5. Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh kanak-kanak.
  6. Jika kanak-kanak memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.
  7. Berikan makanan sebaik sahaja kanak-kanak berasa lapar. Jika kanak-kanak menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera kanak-kanak akan hilang.
  8. Jangan beri kanak-kanak makan jika dia mengantuk.
  9. Jangan memaksa kanak-kanak untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.
  10. Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa kanak-kanak menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.
  11. Bermain permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera kanak-kanak untuk makan (menyanyi dan bermain).
  12. Gunakan sebarang kreativiti dalam menghidangkan makanan kepada kanak-kanak. Ia penting dalam membantu merangsang selera kanak-kanak.
  13. Sekali sekala bawalah kanak-kanak makan diluar. Contoh seperti di taman permainan atau di pantai.
  14. Galakkan kanak-kanak mengambil snek yang berkhasiat. Contoh snek seperti susu, buah dan sandwich.
  15. Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan utamanya.
Share :
+
Previous
Next Post »
0 Comment for "15 Cara Menggalakkan kanak-kanak untuk makan"
 
Template By Kunci Dunia | RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW
Back To Top