Panduan Pemakanan Untuk Kanak-kanak Petatih Dan Prasekolah


Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah panduan pemakanan untuk kanak-kanak:

Berikan kanak-kanak makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.

Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain.

Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan.

Berikan susu semasa waktu snek. Kanak-kanak mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.

Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar kanak-kanak tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.

Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk kanak-kanak sebelum menambahkan rempah ratus.
Share :
+
Previous
Next Post »
0 Comment for "Panduan Pemakanan Untuk Kanak-kanak Petatih Dan Prasekolah"
 
Template By Kunci Dunia | RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW
Back To Top