Makanan Untuk Menurunkan Berat Badan


Penurunan berat badan bukan hanya bergantung kepada senaman ringan, pemakanan yang sihat, pengambilan supplement semata-mata. Tapi tahukah anda, ada beberapa makanan yang dilihat seperti "tidak sihat", tetapi membantu anda untuk menurunkan berat badan?

TELUR

Kajian menunjukkan pengambilan sebiji telur setiap hari adalah selamat dan bernutrisi
Makan telur pada waktu sarapan kerana telur kaya dengan protein yang ambil masa untuk digest, oleh itu perut akan rasa sentiasa kenyang, dan anda akan kurang makan selepas itu

STIK

Pakar kesihatan menyarankan untuk kita mengurangkan pengambilan daging merah
Stik tidak selalunya "jahat", jika diambil pada kadar dan cara yang betul (potong daging tanpa lemak), ia dapat membantu mengurangkan berat badan
Kenapa? Sebab stik juga adalah protein
Makan stik yang banyak protein dan kurang lemak, antaranya tenderloin, sirloin.. tetapi limitkan pengambilan sebesar tapak tangan sahaja

PASTA

Kajian menunjukkan orang yang mengambil makanan berasaskan gandum sehari lebih cenderung untuk kurus dan mengekalkan berat badan yang sihat
Dan kajian yang lain juga menunjukkan bahawa mereka yang makan makanan bijirin penuh boleh membantu membakar lemak di perut

KACANG

Kacang adalah tinggi protein, nutrien, dan serat. Ia membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah
Pengambilan kacang mungkin akan menambahkan lemak dalam badan, tetapi ia adalah lebih baik daripada makan kuih atau biskut yang lebih manis
Dalam satu kajian, mereka yang makan segenggam kacang setiap hari adalah lebih langsing

KEJU

Kajian menunjukkan badan kita akan lebih membakar lemak apabila badan kita cukup kandungan kalsium
Jadi, anda boleh makan keju rendah lemak, yogurt, dan susu yang boleh membantu mengurangkan berat badan
Makanan tenusu kaya dengan protein dan bantu anda untuk rasa lebih kenyang

Jadi, untuk anda yang ingin kurangkan berat badan, anda boleh cuba tips ini. Secara ringkasnya, pengambilan protein semasa sarapan boleh membantu anda untuk rasa lebih kenyang, dan anda akan kurang makan selepas itu.
Share :
+
Previous
Next Post »
0 Comment for "Makanan Untuk Menurunkan Berat Badan"
 
Template By Kunci Dunia | RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW
Back To Top