Tanda-Tanda Migrain dan Penyelesainya Yang Anda Perlu Tahu


Migrain sebenarnya mempunyai beberapa tanda atau simptom selain anda berasa sakit kepala. Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang. Tahap kesakitannya berbeza begitu juga kekerapan mengalaminya serta jangka masa serangan itu berlaku. Migrain sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud sakit sebelah kepala…

Kebiasaannya.. serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan kedua-dua belah kepala menjadi sakit jika ianya berlarutan.

Bagaimana Migrain Terjadi?

Migrain berlaku apabila darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala.. migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Punca Migrain Berlaku


  • Kesan daripada alahan seseorang
  • Silau akibat lampu yang terang
  • Bunyi yang terlalu kuat
  • Bau wangi yang terlampau kuat
  • Tekanan fizikal atau emosi
  • Waktu tidur yang tidak teratur
  • Merokok atau terdedah kepada asap rokok
  • Stress
  • Menahan lapar
  • Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.


Tanda-tanda migrain


  • Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata .
  • Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
  • Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
  • Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
  • Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
  • Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
  • Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak-bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .


7 tips elak migrain


  • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Stress dan tekanan
  • Jadual tidur yang tak tetap
  • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .


Kebiasaanya pesakit migrain akan diberi ubat tahan sakit.. ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka… Bagi pesakit migrain yang teruk.., mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian.. memilih alternatif dengan pengambilan suplemen semulajadi adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah sakit migrain.

Apa kata ubah gaya hidup kita… Amalkan gaya hidup sihat.. Hindarkan diri kita daripada unsur-unsur yang boleh mendatangkan migrain.
Share :
+
Previous
Next Post »
0 Comment for "Tanda-Tanda Migrain dan Penyelesainya Yang Anda Perlu Tahu"
 
Template By Kunci Dunia | RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW
Back To Top