Apakah kesan jika Talasemia tidak dirawat?


Apakah kesan jika Talasemia tidak dirawat?


Jika tidak dirawat, pesakit Talasemia akan mengalami gejala seperti yang dinyatakan diatas dan boleh membawa kematian disebabkan kekurangan darah yang teruk.

Walaupun pemindahan darah dilakukan berulang-kali sepanjang hayat boleh menyelamatkan nyawa, tetapi ianya juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius disebabkan oleh lebihan zat besi di dalam badan pesakit Talasemia. Dalam jangka masa panjang, pesakit yang mengalami Talasemia akan menyebabkan pengumpulan zat besi dalam badan terutamanya di hati, jantung dan kelenjar endokrin (yang menghasilkan hormon). Pengumpulan ini akhirnya akan menyebabkan gangguan kepada fungsi normal jantung, hati, dan juga menyumbang kepada kelewatan tumbesaran serta kematangan seksual. Komplikasi ini boleh dielakkan dengan pemberian zat besi chelation secara berkala.

Kualiti hidup pesakit Talasemia


Peningkatan pemulihan dalam pengurusan klinikal Talasemia Major sejak 10-20 tahun yang lalu telah meningkatkan kualiti kehidupan pesakit. Pesakit mampu dan mudah mendapatkan rawatan seperti yang disarankan.

Bolehkah Talasemia dielakkan?


Talasemia boleh dielakkan dengan pengesanan awal pembawa serta mengelakkan perkahwinan antara pembawa Talasemia.

Bagaimana Talasemia dirawat?


Pesakit Talasemia Major memerlukan pemindahan darah setiap 2-4 minggu sekali. Melalui cara ini ia dapat mengelakkan daripada kekurangan darah akan menghindarkan daripada kelihatan pucat dan memastikan tisu badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Pesakit dapat hidup dan membesar secara normal.

Ini akan menggalakkan sum-sum tulang rehat dan dengan ini pembentukan tulang adalah normal dan menjadi kuat serta muka kelihatan normal.
  • Kekerapan pemindahan darah boleh menyebabkan pengumpulan zat besi dalam organ utama seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin. Keadaan ini menyebabkan kegagalan organ-organ tersebut berfungsi.
  • Zat besi yang berlebihan boleh dikeluarkan melalui terapi 'Chelation' yang boleh diberi melalui suntikan atau pengambilan secara oral.
  • Splenectomy (pembuangan limpa) - mungkin perlu dilakukan dalam keadaan tertentu.
  • Pemindahan sum-sum tulang mungkin diperlukan jika terdapat penderma yang sesuai dikalangan ahli keluarga.
  • Penggunaan Terapi Genetik masih dalam peringkat kajian.
Share :
+
Previous
Next Post »
0 Comment for "Apakah kesan jika Talasemia tidak dirawat?"
 
Template By Kunci Dunia | RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW
Back To Top