3 Tips Atasi Psoriasis Yang Anda Perlu Tahu


Berikut beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan jika anda mendapat masalah alergi pada kulit.

1. Banyak masalah kulit seperti psoriasis, ekzema, folliculitis (pembengkakan folikel rambut), dan reaksi terhadap makanan boleh menyebabkan kulit membengkak, merah, gatal, bersisik atau ruam. Kenali masalah kulit anda dengan berjumpa dengan pakar ataupun cuba baca dahulu mengenai masalah kulit anda.

2. Cari produk atau bahan yang menyebabkan masalah bagi kulit anda dan hentikan penggunaannya. Ini merupakan cara yang cukup mudah. Jika anda mula menggunakan concealer dan dalam beberapa jam kawasan kulit yang telah disapukan concealer tersebut menjadi merah, gatal, dan bengkak, maka jelas bahawa concealer tersebutlah yang menyebabkan masalah radang kulit anda.

Dalam beberapa kes, proses melihat reaksi kulit tidak berlaku dengan cepat. Oleh sebab itu, kesabaran dan kerajinan bereksperimen dengan yang anda syak membawa masalah bagi kulit anda.

3. Jangan menggunakan produk yang boleh menyebabkan iritasi pada kawasan kulit yang dijangkiti. Produk wangian, scrubs, kain lap, AHA, Retin-A, Renova, benzoyl peroxide, pemutih kulit, atau produk penjagaan kulit yang lain dengan bahan aktif boleh mencetuskan iritasi dan hanya menambah masalah radang kulit anda.
Share :
+
Previous
Next Post »
0 Comment for "3 Tips Atasi Psoriasis Yang Anda Perlu Tahu"
 
Template By Kunci Dunia | RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW
Back To Top