#MedTweetMY himpun pakar perubatan untuk jawab soalan netizen

KUALA LUMPUR: Perkembangan media sosial adakalanya boleh mengelirukan, jika tidak digunakan dengan baik. Antara bidang yang memerlukan khidmat pakar untuk mengelakkan kekeliruan adalah perubatan.

Netizen di seluruh dunia boleh bertanyakan apa-apa soalan dan kemusykilan berkenaan perubatan kepada sekelompok pakar perubatan tempatan ini yang dihimpunkan dengan nama MedTweet.MY.

Sejumlah 36 pakar perubatan tempatan daripada pelbagai bidang akan cuba untuk meluangkan masa sibuk mereka untuk berinteraksi dengan netizen khususnya dari Malaysia.

Diaturkan oleh Dr. Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin, kumpulan ini diharapkan dapat memberikan didikan dan informasi kesihatan kepada masyarakat bagi memastikan mereka mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan dipercayai.

Ini senarai 36 pakar perubatan yang terlibat:

1 Dr Khairul Hafidz Alkhair bin Khairul Amin - Pegawai Perubatan General @khairul_hafidz
2 Dr Rafidah Abdullah - Pakar Perunding Nephrology @rafidah72
3 Dr Mohammad Iqbal Sarwar - Pakar Perunding Paediatrics and Neonatalogy @DrIqbalSarwar
4 Dr Akmal Hakim Arshad - Pakar Cardiology @MYJantung
5 Dr Ahmad Mahyuddin bin Dato’ Mohamed - Pakar Orthopedic@DrMahyuddin
6 Dr Nur Afidah Mat Yusof - Pakar O&G @drafidahyusof
7 Dr Suhazeli Abdullah - Pakar Family Medicine @suhazeli
8 Dr Siti Sarah Aishah bt Suhaidi - Registrar Paediatrics @ctsarahaishah
9 Dr Afida Sohana Awang Soh - Registrar O&G @afidasohana
10 Dr Muhammad Izzat bin Abdul Razak - Registrar O&G @muhammadeizat
11 Dr Zainal Adwin Bin Zainal Abidin - Registrar Surgery @zainaladwin
12 Dr Khairina Adliah Kamal Ariffin - Registrar Radiology @kay_alia
13 Dr Nurul Laila binti Salim - Registrar Ophthalmology @Lael_Ophtal
14 Dr Muhammad Ihsan Bin Suhaidi - Masters Occupational Health @drihsansuhaidi
15 Dr Anwar Fazal bin Abu Bakar - Masters Medico Legal @DrAnwarFazal
16 Dr Wan Md Hafizi bin Wan Mohamad - Pegawai Perubatan Paediatric @fdcaraku3800
17 Dr Syariza Salleh - Pegawai Perubatan O&G @syariza81
18 Dr Aimi Rahayu Abdul Rashid - Pegawai Perubatan O&G @aimirahayu
19 Dr Afiq Rahim - Pegawai Perubatan Family Medicine @affick_rahim
20 Dr Mohd Zafrullan bin Zamberi - Pegawai Perubatan Family Medicine @Zafrul_Zamberi
21 Dr Fahkrul Radzi bin Ahmad Zubir - Pegawai Perubatan Surgery @DrRadzi
22 Dr Noor Hazwani Abd Wahab - Pegawai Perubatan ENT @wanie_dagreat
23 Dr Hafizah Mohamed Haniba - Pegawai Perubatan Medical @fiezanizmohamed
24 Dr Hafsah Sazali - Pegawai Perubatan Dermatology @hafsah_sazali
25 Dr Mohd Firdaus Izzani b. Ibne Walid - Pegawai Perubatan Oncology @FirdausIzzani
26 Dr Rahmat Hidayat bin Roslan - Pegawai Perubatan Psychiatry RahmatPsych
27 Dr Khiddir bin Nasharuddin - Pegawai Perubatan Emergency Medicine @khiddir89
28 Dr Ibrahim b Shahruddin - Pegawai Pergigian Dentistry @ib_shah
29 Dr Muhammad Furqon Bin Abd Rahim - Pegawai Pergigian Forensic Odontology @qonberg
30 Dr Muhammad Noorazam Farhan bin Mohd Sajalli - Pegawai Pergigian Forensic Odontology @azamspark
31 Abd. Khaliq bin Basiran - Pegawai Fisioterapi Physiotherapy @kay_haliq
32 Amira Nadia Raup - Pegawai Optometris Optometrist @AmiraRaup
33 Wahidatul Abdah - Pegawai Occupational Therapy Occupational Therapy @wahidatul_abdah
34 Radhiatul Mardhiyah - Ahli Farmasi Pharmacy @marmellow
35 Izzah Syahmina - Ahli Farmasi Pharmacy @izzahrph
36 Jazlina binti Syahrul - Ahli Pemakanan Dietician @jazlinasyahrul



Mereka yang mahu mendapatkan nasihat perubatan, bolehlah mengunjungi akaun Twitter yang disenaraikan di atas dan menggunakan hashtag #MedTweetMY.
Share :
+
Previous
Next Post »
0 Comment for "#MedTweetMY himpun pakar perubatan untuk jawab soalan netizen"
 
Template By Kunci Dunia | RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW
Back To Top